Cari antbase:

 

Syarat-syarat Penggunaan

Teks-teks, gambar-gambar dan bunyi-bunyian untuk kegunaan umum
Walaupun laman web ini adalah untuk kegunaan umum, namun tidak semua bahan-bahan yang terdapat di sini adalah dalam domain umum. Kebanyakan gambar, teks-teks dan data adalah hakcipta terpelihara Martin Pfeiffer dari University of Ulm. Beberapa teks dan gambar juga adalah hakcipta terpelihara dan telah mendapat kebenaran daripada penerbit pencetak dan penerbit digital asal. Oleh yang demikian, pengguna-pengguna hendaklah berhati-hati semasa menggunakan bahan-bahan dalam laman ini.

Saya telah berusaha dan berbelanja bersunguh-sungguh untuk menghasilkan laman ini, dan saya berharap laman ini berguna kepada ramai pengguna. Komen dan maklum balas adalah amat dialu-alukan.

Dengan menggunakan teks-teks dan imej-imej di sini, para penguna bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat berikut:
Teks-teks dan imej-imej tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial tanpa kebenaran daripada Dr. Martin Pfeiffer, University of Ulm, Jerman. Sila hubungi terus dengan saya sekiranya mempunyai permohonan demikian.

Pendidik dan penyelidik adalah dialu-alukan untuk mencetak dan diedarkan kepada pelajar-pelajar, ataupun digunakan untuk kajian atau pembelajaran formal/tidak formal. Adalah diharapkan supaya penggunaa bahan-bahan di laman web ini hendaklah memetik www.antbase.net atau Martin Pfeiffer, University of Ulm sebagai sumber maklumat dan sekiranya boleh, sila maklumkan saya tentang penggunaan bahan-bahan dan laman ini.

Saya berterima kasih kepada banyak projek dan individu-individu yang telah menyumbang kepada koleksi ini. Penghargaan adalah tertera di ruangan "Penghargaan". Hasil-hasil terbaru akan ditambah dari masa ke semasa.

Martin Pfeiffer
Saya faham dan bersetuju dengan syarat-syarat penggunaan, dan ingin melayari.