Cari antbase:

 

Pengasapan sebagai kaedah untuk mengkaji komuniti semut arboreal di hutan hujan tropika (english version, pdf)

oleh Andreas Floren, University of Wuerzburg


Pada 1991, kami mula menyelidik kepelbagaian, struktur dan dinamik komuniti arthropoda arboreal di hutan tanah pamah Asia Tenggara. Pada mulanya, Formicidae arboreal adalah focus utama penyelidikan. Kaedah pengumpulan semut melalui pengasapan adalah sangat berkesan. Kami hanya menggunkan pyrethrum semulajadi, dicairkan dalam ? rafinated? Minyak putih, sebagai racun serangga. Campuran ini adalah khas untuk arthropoda, boleh luput secara foto-kimia dalam beberapa jam, dan tidak kekal pada pokok (Floren and Linsenmair 1997). Kaedah pengasapan hanya dilakukan pada pokok-pokok kecil di bawah strata kanopi (min ketinggian 24 meter, lebar silara 8 meter), yang boleh disampel pada keseluruhan pokok. Kebanyakkan kajian dilakukan pada pokok Euphorbiaceae dalam genus Aporusa (A. lagenocarpa and A. subcaudata). Pengasapan semula dilakukan 79 kali di hutan primer. Untuk mengkaji bagaimana gangguna antopogeniik mengubah komuniti arboreal, 89 pengasapan dilakukan di hutan sekunder, pada umur yang berbeza dan pada darjah pengasingan dari hutan primer.

Gambarajah 1. Pengasapan kanopi adalah kaedah yang paling sesuai sekiranya berhubung dengan kepelbagaian arthropoda yang tinggi. Gambar ini menunjukkan pengasapan pada pokok Aphorusa oleh kumpulan Andreas Floren. Minyak putih suling dicampurakan dalam racun serangga. Asap disemburkan pada pokok hingga ketinggian 15m. khemah dipasangkan di atas pokok untuk mengelakkan fauna dari strata yang lebih tinggi terjatuh ke dalam sample. Pokok dipterokap mencapai ketinggian 60m.


Analisis menunjukkan bahawa semut adalah taxa yang paling banyak pada pokok-pokok, tetapi dengan kepelbagaian yang sederhana. Sehingga kini 331 spesis telah dikenalpasti daripada 153.504 individu semut-semut yang dikutip. Semut bersarang di pokok dan membentuk komuniti yang tahan lama dan berbeza. Untuk memastikan kecekapan kaedah pengasapan dan membuktikan kualiti data, sarang-sarang semut di pokok ditandakan. Ini dilakukan dengan meletakkan umpan tuna pada semua dahan-dahan pokok. Semut-semut akan tertarik kepada umpan ini. Sarang-sarang semut mudah dijumpai, dengan mengekori semut-semut tersebut. Penandaan sarang-sarang semut mengesahkan taburan-kelimpahan melalui sampel-sampel pengasapan ( Floren dan Linsenmair 2000). Oleh yang demikian, data pengasapan memberikan gambaran yang realistik tentang struktur komuniti semut. Analisis menunjukkan bahawa komuniti semut di hutan primer tidak dapat dibezakan, manakala dalam komuniti rawak, corak deterministiknya di hutan terganggu dapat dijangkakan ( Floren et al. 2001). Tambahan pula, kelimpahan semut menurun dengan ketara di hutan terganggu, di mana hanya 10% spesis sahaja yang boleh dijumpai di hutan primer (Floren Linsenmair dalam persediaan). Ini menunjukkan ganggauan manusia boleh mengakibatkan corak kepupusan yang tinggi dan mengubah komposisi komuniti semut, dan juga dinamik sistem keseluruhan.

Kajian
  • Floren A and Linsenmair K E (1997) Diversity and recolonisation dynamics of selected arthropod groups on different tree species in a lowland rain forest in Sabah, Malaysia with special reference to Formicidae. Canopy Arthropods. N. E. Stork, J. A. Adis and R. K. Didham. London, Chapman & Hall: 344-381.
  • Floren A and Linsenmair K E (2000) "Do ant mosaics exist in pristine lowland rain forest?" Oecologia 123: 129-137. pdf
  • Floren A, Freking A, Biehl M and Linsenmair K E (2001) "Anthropogenic disturbance changes the structure of arboreal tropical ant communities." Ecography 24: 547-554. pdf
  • Floren A and Linsenmair K E (in press). "The importance of primary tropical rain forest for species diversity: an investigation using arboreal ants as an example." Ecosystems.


  • Kembali ke rumusan "ekologi"