Cari antbase:

 

Trofobiosis diantara semut dan hemiptera (pdf)

oleh Dirk Mezger, University of Ulm
Semut merupakan artropod yang paling dominan di hutan hujan tropika dari segi biojisim dan kelimpahannya, dan mereka turut memainkan peranan penting dalam ekosistem (Beattie, 1985; Davidson 1997). Semut adalah omnivor kerana dalam corak hidup nya terdapat kurang mangsa. Kebanyakkan mereka bergantung kepada proses trofobiosis dengan hemiptera. Semut mengumpulkan gula dan asid amino yang mengandungi cecair yang dikeluarkan oleh serangga penghisap sap tumbuhan ini. Ini memberi kelebihan kepada kedua-duanya kerana hemiptera adalah terlindung daripada pemangsa dan parasitoid, dan kulat jarang didapati, sebab gula yang terkandung dalam cecair ini telah dikeluarkan oleh semut. Malahan, tumbuhan ini juga mendapat faedah daripada trofobiosis ini apabila serangga herbivor telah dihalau oleh semut.

   
Gambar 1. Coried bug berhubungan dengan Crematogaster modiglianii pada jenis bambu yang memanjat (Dinochloa trichogona)   Gambar 2. Delphacids berhubungan dengan Lophomyrmex cf. bedoti pada jenis bambu yang memanjat (D. trichogona)
Hutan hujan di Borneo secara umumnya mempunyai kekayaan spesies yang tinggi dan perhubungan trofobiotik juga tidak terkecuali. Dalam beberapa kilometer persegi bagi hutan hujan yang matang di Lembah Danum dan kawasan sekitarnya yang mempunyai vegetasi rendah sekunder, 57 spesies semut boleh dijumpai bersama-sama dengan 61 spesies hemiptera (Blüthgen et al, 2006). Di bahagian bawah hutan primer, spesies bambu yang memanjat (Dinochloa trichogona) adalah sangat biasa didapati disini, yang mana ia menguasai sepertiga daripada trofobiosis di bahagian bawah hutan (Mezger & Blüthgen in prep.). Dalam tumbuhan ini, hemiptera adalah sangat pelbagai, mereka berhubungan dengan semut dan coried bug (gambar 1), delphacids cicads (gambar 2), scale insects dan mealy bugs. Tiada tumbuhan lain yang menjadi perumah bagi sebegitu banyak komuniti hemiptera. Lebih daripada 25 spesies semut telah melawat trofobion ini, daripada semut Myrmicine yang kecil seperti Lophomyrmex dan Crematogaster Orthocrema) sp., sehingga lah ke spesies semut Camponotus yang biasa seperti C. arrogans dan Crematogaster modiglianii serta beberapa spesies Dolichoderus. Pada waktu malam, kadang-kadang Camponotus gigas datang ke arah bambutersebut untuk mendapatkan embun daripada Notobitus, iaitu coreid yang besar.

Pokok memanjat seperti Spatholobus juga merupakan perumah tumbuhan yang penting kepada hemiptera yang turut dilawat oleh semut. Beberapa spesies cicadellids dan membracids boleh didapati pada tumbuhan ini. Dalam beberapa kes, mereka dilawati oleh Crematogaster modiglianii dan Camponotus rufifemur pada masa yang sama. Spesies semut ini tinggal bersama-sama yang juga dipanggil parabiosis (Menzel et al. in prep.). Ini bermaksud spesies semut ini berkongsi sarang pada lubang pokok ini.

Trofobiosis juga selalu dijumpai pada biji benih bagi pokok yang besar seperti Parashorea (Dipterocarpaceae), (Gambar 3). Bagi biji benih ini, trofobiosis adalah penting untuk mengelakkan daripada herbivor dan semut boleh melindungi mereka.

Kebanyakkan trofobiosis berlaku di kanopi bagi pokok-pokok yang besar tetapi kita tidak dapat melihatnya. Pemerhatian bagi laluan semut yang besar pada batang pokok besar boleh dijadikan andaian bahawa terdapat banyak serangga yang menghisap cecair tumbuhan pada pokok tersebut.
         
Gambar 3 Peringkat larva bagi cicadellid yang belum diidentifikasi bersama-sama dengan Lophomyrmex cf. bedoti pada biji benih Parashorea
Beberapa hemiptera tinggal didalam sarang pada pokok yang didiami oleh semut. Semut ini, contohnya daripada spesies Camponotus (C. Karavaievia-group), Polyrhachis atau Monomorium, membina sarang daripada sutera dan bahagian tumbuhan dibahagian bawah daun supaya hemiptera, terutamanya coccids boleh mendapat perlindungan maksimum. Beberapa spesies semut yang bersarang didalam batang tumbuhan hidup ini mengekalkan hemiptera didalam batang ini.

Semut penggembala Dolichoderus hanya boleh didapati di Asia Tenggara. Semut ini mempunyai hubungan yang rapat dengan pasangan hemipteranya (Dill et al. 2002). Semut ini berhubungan dengan kumpulan mealy bugs (Allomyrmococini). Mealy bugs ini sentiasa dilindungi, dibawa ke sarang oleh semut ini pada waktu malam dan dibawa ke tumbuhan perumah termasuklah ke bambu yang jenis memanjat (Gambar 4) seperti yang dinyatakan sebelum ini. Dalam usaha untuk mengangkut pasangan hemipteranya ke tumbuhan perumah yang sesuai, semut ini mempunyai corak hidup yang berpindah randah (Maschwitz & Hänel 1985). Hubungan ini sangat spesifik, setiap spesies semut ini mempunyai spesies mealy bugs mereka sendiri.
Gambar 4 Dolichderus maschwitzi (semut penggembala) bersama-sama dengan Promyrmococcus pada D. trichogona  

 

Apabila mula meninggalkan hutan dan melihat kembali ke kawasan yang dilitupi oleh vegetasi rendah yang sekunder, didapati kepelbagaian hemiptera adalah berkurang. Kebanyakkan kawasannya dilitupi oleh rumput invasif iaitu Chromolema odoratum. Pada tumbuhan yang berasal daripada Amerika Tengah ini, hanya terdapat dua spesies afid (Aphis spinocola dan A. gossypi), dan kadang-kadang satu spesies mealy bugs dan coccid boleh didapati. Apabila kawasan ini terletak tidak jauh dari hutan, banyak semut dari semua subfamili boleh didapati daripada perhubungan ini jika semut invasif tiada. Tetapi apabila spesies invasif seperti Anoplolepis longipes sudah mendiami kawasan tersebut, hanya sebilangan kecil sahaja spesies semut yang melawat trofobiosis yang berdekatan dengan mereka.

Literature
  • Beattie AJ (1985) The evolutionary ecology of ant-plant mutualisms. Cambridge University Press, New York. 182 pp
  • Blüthgen N, Mezger D, Linsenmair KE (2006) Ant-hemipteran trophobioses in a Bornean rainforest -diversity, specificity and monopolisation. Insectes Sociaux, in press
  • Davidson DW (1997) The role of resource imbalances in the evolutionary ecology of tropical arboreal ants. Biol. J. Linn. Soc. 61: 153-181
  • Dill M, Williams DJ, Maschwitz U (2002) Herdsmen ants and their mealybug partners. Abh. Senckenberg. Naturforsch. Ges. 557: 1-373
  • Maschwitz U, Hänel H. (1985) The migrating herdsman Dolichoderus (Diabolus) cuspidatus: an ant with a novel mode of life. Behav. Ecol. Sociobiol. 17: 171-184
  • Weißflog A (2001) Freinestbau von Ameisen (Hymenoptera: Formicidae) in der Kronenregion feuchttropischer Wälder Südostasiens. Dissertation. University of Frankfurt, Frankfurt/Main, Germany
  •  

    Kembali ke rumusan "ekologi"