English Version
Projek-projek penyelidikan semasa Dr. Martin Pfeiffer
Penyebaran dan pemangsaan biji benih oleh semut-semut
– perbandingan ekosistem
Dalam kebanyakan habitat di dunia, semut adalah pemangsa biji benih
yang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi lapisan vegetasi, dan
seterusnya komposisi dan fungsi ekosistem. Walau bagaimanapun, banyak spermatofit
telah mewujudkan mekanisma (myrmecochory) yang menggunakan semut sebagai vektor
penyebaran biji benih yang menghasilkan "elaiosome" – apendaj
yang berkhasiat sebagai ganjaran untuk semut-semut. Oleh tu, interaksi semut-biji
benih adalah bersifat antagonistik hingga mutualistik. Kajian kami menganalisa
mekanisma dan kesan daripada kedua-dua: penyebaran dan pemangsaan biji benih
oleh semut-semut di tiga ekosistem yang jarang dikaji.
1. Myrmecochory pada tumbuhan musim bunga di hutan daun luruh Lower Franconia
Kami dengan kerjasama Chair for Botany II, University
of Würzburg dan Jabatan Hutan Lower Franconia, mengkaji mekanisma dan juga
tindakbalas kimia sindrom penyebaran biji benih tumbuhan-tumbuhan musim bunga
yang berbeza (Gambarajah 1) oleh semut-semut Formica polyctena.
|
Gambarajah 1:
Anemone nemorosa di hutan temperat pada musim bunga. Kebanyakan tumbuhan
musim bungan adalah disebarkan oleh semut-semut. |
2. Semut-semut
penuai di sepanjang transek padang rumput Mongolia ke gurun Gobi.
Di Selatan Mongolia zon peralihan terentang di antara padang rumput
Siberia dengan gurun Gobi. Kombinasi kadar perubahan suhu dan kelembapan serta
keadaan-keadaan tanah yang berbeza, menghasilkan mozek tumbuhan-tumbuhan yang
berlainan jenis (contoh: gambarajah 2). Semut-semut (gambarajah 3) dan kumbang-kumbang
Tenebrionidae saling bersaing terutamanya untuk makanan, adalah kumpulan fauna
serangga-serangga yang dominan di habitat-habitat ini. Komposisi spesis kedua-dua
kumpulan ini dikaji secara kerjasama rapat dengan Jabatan Ekologi, Mongolian
National University di Ulaanbaatar. Ekspedisi kami pada 1999 telah tajaan “Arthur-von-Gwinner-Stiftung
für naturwissenschaftliche Forschungsreisen”.
|
|
Gambarajah 2:
Transek paling selatan kami yang melalui gurun Gobi, dengan hanya tumbuh-tumbuhan
Haloxylon ammodendron dan Reaumuria soongorica. Di sini, semut Cataglyphis
aenescens adalah dominan. |
Gambarajah 3:
Semut Mongolia, Messor aciculatus mengangkut biji benih ke sarang mereka. |
3. Penyebaran dan pemangsaan biji benih oleh semut-semut di tiga habitat hutan hujan Borneo.
Di hutan hujan tropika, interaksi semut dengan biji benih adalah berlipat
kali ganda. Kami dengan kerjasama Taman-taman Sabah dan Chair of Animal Ecology
and Tropical Biology, University of Würzburg, mengkaji kepelbagaian serta
struktur kumpulan semut-semut penuai di tiga kawasan-kawasan terpelihara (Taman
Negara Kinabalu, Lembah Danum dan Taman Bukit Tawau). Di samping itu, kami juga
membuat kajian perbandingan tentang myrmecochory di beberapa spesis halia (Zingiberaceae)
(lihat gambarajah 4).
Gambarajah 4:
Di hutan hujan Borneo, semut-semut arboreal seperti semut pekerja Oecophylla
smaragdina ini mengambil biji benih dari tumbuhan atas tanah ke sarang
mereka. Apendaj (elaiosoem) ini kaya dengan lipid, protin dan gula. |
|
Struktur sosial dan ekologi tingkahlaku semut gergasi, Camponotus gigas
Camponotus gigas Latreille 1802 dijumpai di hutan tanah rendah
tropika dan merupakan salah satu daripada semut terbesar di dunia. Semut ini
aktif terutamanya pada waktu malam dan tinggal dalam koloni polydomi dalam kawasan
seluas 0.7 ha (Pfeiffer and Linsenmair, 2000).
Camponotus gigas adalah
pengumpul makanan yang berpusat, bergabung dengan komunikasi yang cekap, ergonomi
yang maksimum, poliatisme dan sistem recrut yang effisien (gambarajah 5) (Pfeiffer
and Linsenmair, 1998). Sebagai spesis tropika,
Camponotus gigas menunjukkan
corak pembiakan yang tidak mengikut musim: penerbangan mengawan, tidak berlaku
secara seragam pada keseluruhan populasi, tetapi kira-kira dua kali setahun
dalam tempoh masa 188±5 hari (Pfeiffer and Linsenmair, 1997). Pertempuran
di antara koloni-koloni yang berbeza berlaku dalam upacara pertarungan yang
hebat (Pfeiffer and Linsenmair, 2001).
|
Gambarajah 5:
Dua pekerja utama Camponotus gigas dalam keadaan trophallaxis.
Pertukaran makanan di antara pekerja-pekerja sering berlaku semasa penghantaran
makanan ke sarang atau di antara sarang-sarang. Mekanisma ini membolehkan
pemadanan berat beban kepada berat badan pekerja, seterusnya pengumpulan
makanan mengikut strategi berpusat. |
Kepelbagaian, dinamik dan kawasan yang digunakan oleh
komuniti mamalia kecil di hutan hujan Borneo
(Ph.D. -project of Konstans
Wells)
Hutan hujan Borneo memberi perlindungan kepada banyak dan pelbagai
jenis fauna mamalia kecil, sperti beberapa spesis tikus, tupai dan tikus kesturi,
yang mencari makanan di tanah dan juga di kanopi. Walaupun kedua-dua habitat
ini adalah berkait dengan daya pengeluaran setempat dan sumber-sumber utama
yang sedia ada seperti buah-buahan, namun kerumitan dan kepelbagian yang lain
boleh juga diandaikan. Kajian kami menbandingkan kepelbagaian, dinamik dan keluasan
yang digunakan oleh komuniti mamalia kecil di kedua-dua habitat.
Gambarajah 6: Maxomis
surifer, tikus merah dan berduri yang biasa dijumpai di hutan hujan
Borneo. Pada masa ini, tidak banyak yang diketahui tentang mekanisma dan
struktur komuniti mamalia kecil di habitat ini. |
|
www.antbase.net - laman
web baru untuk penyelidikan semut Asia
Ahli-ahli myrmecology yang bekerja
di Asia Tenggara kini mempunyai bantuan untuk mengesahkan pengecaman semut-semut
mereka. Di
www.antbase.net dan
www.biologie.uni-ulm.de/bio3/antnet baru berhubung dengan taksonomi dan
ekologi semut-semut. Pada masa ini, terdapat lebih daripada 130 spesis dari
57 genus semut dipaparkan dalam gambar-gambar resolusi tinggi. Gambar-gambar
yang banyak ini adalah hasil daripada pengumpulan semut yang meluas oleh University
of Würzburg (Chair of K.E. Linsenmair), iaitu hasil-hasil kerja Carsten
Brühl, Andreas Floren, Stefanie Berghoff and juga penyelidik-penyelidik
yang lain. Anda akan dapati lebih daripada 500 gambar-gambar Aenictinae, Cerapachyine,
Dorylinae, Dolichoderinae, Formicinae, Myrmicinae, Ponerinae dan Pseudomyrmicinae.
Laman ini memberi tumpuan kepada semut-semut di Asia dan Pasifik Semua ahli
myrmecology adalah dijemput untuk memberi sumbangan kepada laman. Sehingga kini
kerjasama untuk menambah maklumat dalam AntBase telah dibuat dengan saintis-saintis
dari Australia, Germany, Japan, Malaysia dan Mongolia. Oleh yang demikian, AntBase
akan terus menjadi bantuan kepada kumpulan penyelidik yang semakin berkembang.
Gambarajah
6: www.antbase.net laman web baru yang menarik dan berguna kepada ahli-ahli myrmecology |
|
Back to
homepage